Kerajaan benarkan syarikat pemberi pinjaman wang beroperasi

0
3

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan adakah tindakan membenarkan syarikat pinjaman berlesen beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 adalah bantuan yang sesuai ketika ini.

Sindiran Ahli Parlimen Pekan itu dimuat naik menerusi hantaran di laman Facebooknya semalam.

“Ini kira bantuan PKP 3.0 yang lama ditunggu-tunggu Rakyat ke apa?”,” tulisnya.

Najib berkata sedemikian sebagai respon kenyataan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membenarkan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen untuk beroperasi dalam tempoh PKP 3.0 berkuat kuasa serta merta.

KPKT dalam kenyataan dilaporkan berkata, bagaimanapun syarikat Kredit Komuniti wajib membuat permohonan baharu di Sistem Pengurusan Pintar Covid-19 (CIMS) 3.0 yang ditadbir Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mulai 23 Jun.

“Syarikat hanya dibenarkan beroperasi setelah mendapat kelulusan daripada sistem CIMS.

“Bagi syarikat di Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, kebenaran beroperasi perlu dirujuk kepada pihak-pihak berkenaan seperti Kementerian Kewangan Negeri Sabah (KKNS), Jabatan Kerajaan Negeri Sarawak (JKNS) serta Perbadanan Labuan (PL),” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here