
Nilam Oshman
SERAMAI 754 individu ditahan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu seramai 701 individu dikompaun manakala 53 direman.
“Antara kesalahan ingkar PKP termasuk individu gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (144), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran/makan di premis (141)dan tidak memakai pelitup muka (135).
“Tiada penjarakan fizikal (92), membawa penumpang berlebihan (84), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (78), Premis gagal patuhi arahan (11) dan Lain-lain (69),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, beliau berkata, Ops Benteng semalam berjaya menahan 44 pendatang asing tanpa izin (PATI), serta merampas sembilan kenderaan darat serta dua buah empat buah bot/kapal.
Dalam operasi itu, sebanyak 207 buah bot/kapal turut dikesan di perairan negara melalui 10 aktiviti penglihatan. – Malaysiapost
