KPT tolak dakwaan nafi peluang OKU

0
2
Pelajar tingkatan 5 hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri sebagai permulaan sekolah hari ini. Pelajar calon peperiksaan utama 2020 memulakan sesi persekolahan secara bersemuka hari ini dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

KEMENTERIAN Pengajian Tinggi menolak dakwaan kononnya orang kelainan upaya (OKU) dinafikan peluang untuk mengambil kursus yang dipohon melalui saluran UPUOnline.

Sebaliknya, calon tersebut tidak melepasi syarat kelayakan minimum kemasukan program tersebut.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Prof Datuk Dr Husaini Omar, berkata, berdasarkan semakan Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA), individu berkenaan memohon untuk ke Program ASASI pintar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sesi akademik 2021/2022.

“Pemohon tersebut merupakan calon dari Kategori B iaitu lepasan SPM2019 dan memohon untuk ke Program ASASI UKM.

“Calon tersebut tidak melepasi syarat kelayakan minimum kemasukan program tersebut.

“Syarat minimum kemasukan ke program ASASI pintar UKM memerlukan calon mendapat 7A- dalam subjek tertentu termasuklah Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, calon berkenaan masih lagi dibenarkan membuat kemaskini yang masih dibuka sehingga 2 Julai 2021.

“Calon berkenaan sebelum ini telah menolak tawaran program Diploma Teknologi Makmal Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi sesi akademik 2020/2021.

“KPT ingin menegaskan bahawa Dasar Inklusif OKU di IPT masih lagi diamalkan dan tiada sebarang sekatan seperti yang didakwa.

“Malah, KPT telah memperluaskan peluang pendidikan kepada rakyat Malaysia dengan mewujudkan laluan khas kepada golongan B40, OKU, Orang Asli dan Atlet untuk melanjutkan pengajian ke IPTA dan ILKA di peringkat Sijil, Diploma, Asasi dan Ijazah Sarjana Muda.

“Golongan ini hanya perlu melepasi syarat am dan syarat khas program seperti ditetapkan oleh Universiti,” katanya.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik, meminta KPT meneruskan Dasar Inklusif OKU di IPT bagi membolehkan setiap golongan di negara ini berhak mendapat pendidikan.

Beliau berkata, dasar itu diwujudkan bagi memberi peluang sama rata termasuk golongan OKU mendapatkan pendidikan tinggi.

“Bagaimanapun, pada hari ini, laluan kemasukan calon OKU ke universiti bukan hanya tidak lagi dipermudahkan, malah disekat,” katanya.

Kenyataan Maszlee itu mengambil maklum balas daripada laporan membabitkan seorang calon OKU yang mendapat 9A dalam, didakwa dinafikan peluang mengambil kursus dipohon atas sebab OKU.

Melalui fasa kemaskini UPUOnline, permohonan asal pemohon itu hilang dan digantikan dengan hanya dua program diploma dan 20 program sijil dari politeknik serta kolej komuniti yang layak dimohon olehnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here