Mastura tolak jajaran baru politik

0
2

AHLI Parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid menegaskan pendiriannya menolak pembentukan jajaran baharu politik terutama bekerjasama dengan DAP dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) itu berkata, beliau istiqamah dalam mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu.

“Dengan ikhlas, saya istiqamah mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu. Saya menolak ‘Jajaran Baru’ saya menolak DAP dan DSAI (Anwar),” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut menggunakan tanda pagar #SayaOrangUMNO dan #SayaMPUMNO/BN dalam hantaran yang mendapat pelbagai reaksi termasuk yang mengecam pendiriannya itu.

Ada komen netizen yang mempersoalkan kenapa Mastura tidak menyatakan untuk menolak Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) kerana ia juga pendirian dibuat Umno dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini.

“Kenapa tidak sebut tolak Bersatu sekali? Bukankah itu juga pendirian Umno,” soal pengguna Facebook dengan akaun nama Adimus Putra Yamin.

“Kerajaan sekarang dah nyata gagal..kenapa tak cuba jajaran baru pula jika betul..bukan lama pun dua sahaja pun sebelum tarikh akhir penggal ini,” pendapat Noorisham Ishak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here