Rasuah RM10 juta: 4 pemilik syarikat kejuruteraan marin direman

0
2

EMPAT pemilik syarikat kejuruteraan marin ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memberi rasuah bagi tujuan mendapatkan projek sebuah agensi penguatkuasaan dianggarkan berjumlah RM10 juta.

Memetik laporan Utusan Malaysia, sumber berkata, penahanan itu membabitkan dua lelaki dan dua wanita berusia 40 hingga 71 tahun itu ditahan di Ibu pejabat SPRM Putrajaya pukul 9 hingga 10 malam semalam selepas hadir memberikan keterangan.

Katanya, kumpulan itu dipercayai memberi rasuah kepada pegawai agensi penguatkuasaan tersebut sebagai balasan membantu syarikat-syarikat terbabit bagi mendapatkan kerja-kerja pembekalan, perkhidmatan dan penyelenggaraan berkaitan marin bermula 2018 hingga tahun ini.

“Dua daripada mereka masing-masing seorang lelaki dan wanita direman empat hari bermula hari ini hingga 24 Jun manakala dua lagi direman dua hari sehingga esok,” katanya.

Terdahulu, perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas pihak SPRM membuat permohonan tersebut pagi ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here