Malaysia sedang bangunkan vaksin Covid-19

0
2
Botol vaksin AstraZaneca di PWTC.

MALAYSIA sedang membangunkan satu vaksin Covid-19 melalui kerjasama Institut Kajian Perubatan (IMR) dengan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, vaksin jenis messenger ribonucleic acid (mRNA) terbabit dibangunkan mulai November tahun lalu dan kini pada peringkat pengklonan varian asal virus serta varian lain SARS-CoV-2.

“Selepas ia selesai, kajian praklinikal ke atas haiwan besar dan kecil akan dilaksanakan sebelum kajian klinikal terhadap manusia dilakukan,” katanya pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), hari ini.

Sebelum ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan meletakkan cabaran kepada penyelidik tempatan bagi menghasilkan vaksin kepada manusia dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Beliau berkata, ia sebagai persediaan terhadap kewujudan pandemik lain meskipun sehingga kini Malaysia masih belum mampu menghasilkan sendiri vaksin Covid-19.

“Ia adalah cabaran (kepada penyelidik) untuk menghasilkan vaksin bagi kegunaan manusia dalam tempoh berkenaan.

“Ini (Covid-19) bukanlah pandemik yang terakhir dan mungkin akan ada lagi pandemik atau epidemik lain daripada haiwan atau manusia, semua negara perlu bersedia pada masa depan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here