Salahuddin dakwa pilihan raya mengejut Oktober ini

0
2

TIMBALAN Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak berhasrat membuka semula Parlimen, sebaliknya pilihan raya mengejut akan diadakan Oktober ini.

Bekas menteri era kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu mendakwa kenyataan Perdana Menteri berhubung penubuhan jawatankuasa untuk meneliti aspek penting sebelum sidang Parlimen diadakan hanyalah satu muslihat.

“YDPA (Yang di-Pertuan Agong) dah titah buka segera Parlimen. Keluar pula kenyataan balas bulan September. Mr PM pula nak tubuh jawatankuasa kaji pembukaan Parlimen.

“Saya rasa ada muslihat ni. Firasat saya Parlimen tak akan dibuka. Pilihan raya mengejut akan berlaku sekitar bulan Oktober tahun ini,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jawatankuasa yang dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang sudah dibentuk untuk meneliti aspek penting, sebelum sidang Parlimen diadakan.

Beliau berkata, pembukaan persidangan Parlimen akan diputuskan oleh kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang di dalam jawatankuasa berkenaan.

“Saya minta jawatankuasa yang dianggotai wakil-wakil kerajaan dan pembangkang untuk nilai perkara berkenaan. Selepas itu barulah mereka maklumkan kepada saya sama ada sudah bersedia atau tidak untuk memulakan sidang Parlimen.

“Sama ada persidangan akan dibuat secara hibrid atau fizikal, ini akan dirujuk kepada peraturan tetap yang ada sekarang,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here