PRN Sabah: PAS akan letak calon, jumlah kerusi masih dibincang

0
3

PAS dijangka akan meletakkan calonnya mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata jumlah kerusi yang akan ditandingi parti itu setakat ini belum dimuktamadkan kerana perbincangan dengan parti-parti lain masih dijalankan.

“Kita sedang mengadakan perbincangan, Insya-Allah bila kita dah perhalusi dan buat keputusan, kita akan maklumkan.

“Saya percaya keputusan telah kita persetujui bahawa kita akan isytiharkan senarai calon itu bersama rakan-rakan parti lain yang membentuk gagasan bersama dengan PN,” katanya kepada media di Kuala Terengganu hari ini.

Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan parti itu berhasrat untuk meletakkan calon pada PRN Sabah.

Malah, Abdul Hadi berkata parti Islam itu sedia menggunakan lambang Barisan Nasional (BN) jika rakan sekutu dalam PN memutuskan untuk menggunakan logo berkenaan. – Malaysiapost