KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menafikan beliau menjadi Ketua Pegawai Operasi (COO) sebuah syarikat.
Dalam satu hantaran di Facebooknya malam ini, beliau memaklumkan syarikat Kashi Mining menggunakan gambarnya di laman sesawang syarikat tersebut.
“Untuk makluman umum, Syarikat Kashi Mining ada menggunakan gambar saya dalam website mereka sebagai COO! Jelas ini adalah palsu,” katanya.
Beliau turut menyertakan pautan laman sesawang syarikat berkenaan.
Bagaimanapun pemeriksaan mendapati laman sesawang itu tidak dapat dilayari, dipercayai telah ditutup. – Malaysiapost

