BIRO politik Umno akan mengadakan mesyuaratnya malam ini, antara lain dijangka membincangkan beberapa isu penting berhubung situasi semasa politik negara.
Difahamkan, mesyuarat yang bermula jam 8 malam akan dipengerusikan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Mesyuarat itu yang akan berlangsung secara maya dijangka turut membincangkan mengenai hala tuju parti. – Malaysiapost

