Kongres Nasional PKR disambung semula esok

0
3
Parti Keadilan Rakyat

KONGRES Nasional PKR yang tidak sempat diselesaikan sebelum ini, akan disambung semula esok.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya malam ini, telah memaklumkan Kongres Nasional PKR ke-15 yang tergendala sebelum ini dapat diteruskan esok, secara maya.

“InsyaAllah, esok para perwakilan Keadilan akan kembali berkongres secara maya setelah ia ditangguhkan sebelum ini.

“Saya dijadual menyampaikan ucapan dasar pada jam 9.30 pagi.

“Semua rakyat Malaysia serta pendukung reformasi dijemput mengikuti perjalanan kongres menerusi siaran langsung di Facebook,” katanya.

Anwar menambah, Kongres Nasional itu akan memberi fokus dan penekanan berkaitan ekonomi, kesihatan dan pemulihan demokrasi negara.

Sebelum ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengarahkan PKR menangguhkan kongres parti itu meskipun telah berlangsung dua hari bermula 4 Jun lalu.

Arahan itu menyebabkan Anwar tidak dapat memberi ucapan penggulungan parti yang sepatutnya berlangsung pada 6 Jun lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here