Tiga cedera konkrit pembinaan lebuh raya runtuh

0
3

KONKRIT pembinaan lebuh raya setinggi 12 meter di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampiran Sungai Buloh-Kota Damansara runtuh menyebabkan tiga pekerja warga Bangladesh cedera ringan hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.14 malam tadi dan tiba di lokasi kejadian 13 minit kemudian.

Menurutnya, seramai sembilan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kejadian membabitkan runtuhan konkrit lebuh raya dalam pembinaan di mana tiga pekerja warga Bangladesh berusia 20 hingga 40-an mengalami cedera ringan.

“Ketika kejadian mereka yang sedang melakukan kerja di bawah terkena serpihan konkrit,” katanya dalam satu kenyataan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here