Netizen puji guru gigih conteng lantai mahu pelajar mudah faham

0
2

KEGIGIHAN seorang guru subjek ekonomi yang sanggup menconteng lantai bagi tujuan mengajar pelajarnya untuk kelas dalam talian meraih pujian netizen.

Menerusi video TikTok yang dimuat naik anak perempuannya, Aina menunjukkan kesungguhan bapanya mencatit nota di lantai mozek bagi rujukan pelajarnya semasa kelas itu berlangsung.

“Sebenarnya saya ada cadang kepada ayah untuk gunakan papan putih saya tetapi ayah lebih selesa tulis di lantai mozek mungkin kerana dia mahu memudahkan pelajar untuk lebih faham.

“Mungkin juga pengiraan subjek tersebut agak panjang, jadi ayah mahu pelajar nampak jelas pengiraan termasuk graf yang dilukis oleh ayah,” kata Aina menjawab di ruangan komen.

Rata-rata pengguna TikTok memuji kegigihan ayahnya untuk memastikan pelajar mudah faham dan jelas dengan subjek itu sehingga sanggup menconteng lantai rumah sendiri.

Malah, video itu dibanjiri doa daripada netizen yang tersentuh dengan keikhlasan guru itu mengajar tanpa jemu walaupun kini negara masih berdepan dengan pandemik. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here