KES harian Covid-19 kembali melebihi angka 6,000 hari ini apabila mencatatkan 6,440 kes baharu.
Berdasarkan data dikongsi di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia kini meningkat kepada 685,204 kes.
Selangor terus mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 2,095 kes, dikuti Negeri Sembilan (870), Kuala Lumpur (816), Johor (592), Sarawak (536), Perak (357), Melaka (223), Kelantan (200) dan Sabah (199).
Kedah pula mencatatkan 159 kes, dikuti Labuan (152), Pulau Pinang (122), Pahang (79), Terengganu (32), Putrajaya dengan enam kes serta dua kes di Perlis. – Malaysiapost

