50 juri, 25 peserta program All Together Now Malaysia beri keterangan

0
2

SERAMAI 50 juri dan 25 peserta Program All Together Now Malaysia sudah memberi keterangan bagi membantu siasatan dakwaan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, selain itu, ketua dan pegawai penguatkuasaan Kementerian Kesihatan (KKM) juga telah hadir memberi keterangan.

“Siasatan mula dijalankan sebaik menerima laporan pertama yang dibuat di Iskandar Puteri, Johor pada 8 Jun lalu sebelum diambil alih oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

“Tujuan kita memanggil ketua dan pegawai penguatkuasaan adalah untuk membuat pengesahan sama ada wujud atau tidak kesalahan berdasarkan bukti yang ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 8 Jun lalu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan siasatan dilakukan ke atas sebuah rancangan hiburan terbitan syarikat penyiaran swasta susulan dakwaan pelanggaran SOP sekatan pergerakan penuh.

Ia berikutan rakaman musim pertama All Together Now Malaysia menampilkan 50 juri yang dilihat tidak memakai pelitup muka sepanjang rakaman dibuat.

Artikel berkaitan
https://malaysiapost.com.my/2021/06/08/kkmm-siasat-rakaman-rancangan-hiburan-tampilkan-50-juri/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here