Perbincangan Khas Raja-Raja selesai

0
2

PERBINCANGAN Khas Raja-Raja Melayu yang bermula jam 2.30 petang tadi, difahamkan telah selesai selepas bersidang lebih dua jam.

Antara lain, perbincangan dipercayai memberi tumpuan terhadap isu penularan wabak Covid-19 serta pengisytiharan proklamasi darurat yang bakal berakhir pada 1 Ogos ini.

Kenderaan membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar paling awal kelihatan meninggalkan Istana Negara iaitu pada jam 5.15 petang.

Turut hadir dalam perbincangan itu ialah Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani: Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi kenyataan berkata dalam sesi menghadap para pemimpin parti politik bermula 9 hingga 15 Jun, Yang di-Pertuan Agong berkenan mendengar pandangan mereka tentang pelbagai isu.

Menurutnya, sesi menghadap itu adalah atas inisiatif serta keprihatinan tinggi Seri Paduka Baginda dan berkaitan usaha memerangi penularan jangkitan wabak Covid-19 serta pelaksanaannya semasa tempoh Darurat.

Susulan sesi menghadap itu, pandangan yang dikemukakan oleh para pemimpin parti politik akan diwasilkan dalam Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu hari ini yang akan bermula pada jam 2.30 petang.

Selain itu, beberapa pakar dan agensi kerajaan turut dijadual memberi sembah taklimat mengenai hal-hal berkaitan kesihatan, keselamatan, politik dan ekonomi negara dalam Perbincangan Khas Raya-Raja Melayu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here