Pogba ‘buang’ arak, tunjuk contoh baik seorang muslim

0
2

PEMAIN Perancis Paul Pogba menjadi tumpuan peminat bola sepak susulan tindakannya mengenepikan botol minuman keras Heineken dari atas meja sidang media selepas perlawanan pasukannya menentang Jerman.

Ketika sidang media susulan kemenangan Perancis dalam aksi Euro 2020 itu, Pogba yang beragama Islam dengan selamba mengambil botol minuman keras dan meletakkannya di bawah meja.

Bagaimanapun Pogba tidak mengalihkan dua botol minuman Coca Cola seperti dilakukan Christiano Ronaldo sebelum ini, dan hanya membiarkan sahaja di atas meja.

Bintang Perancis itu memang dikenali sebagai individu yang taat mengamalkan perkara dilarang dalam Islam seperti meminum arak.

Malah pemain tengah Manchester United itu saban tahun menunaikan umrah sebaik sahaja berakhir musim Liga Perdana Inggeris.

Tindakan Pogba itu bagai memberi isyarat kepada penganjur agar peka dan sensitif terhadap pegangan agama setiap individu.

Tinjauan di laman Twitter, warganet di seluruh dunia memuji tindakan Pogba yang rata-rata mengakui minuman keras bukan amalan sihat bagi seorang ahli sukan.

https://twitter.com/ViniJohny28/status/1404945476848336896?s=19

Pogba juga disanjung kerana sentiasa mencerminkan individu yang berpegang kuat dengan ajaran Islam.

Semalam, Ronaldo mengejutkan peminat dengan tindakannya mengenepikan dua botol air bikarbonat Coca Cola yang juga penaja rasmi kejohanan ketika sidang media sebelum perlawanan Portugal menentang Hungary.

Malah Ronaldo secara spontan menunjukkan botol air mineral adalah minuman yang baik untuk kesihatan ketika sidang media itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here