PAS sambut baik strategi Pelan Pemulihan Negara

0
3

PAS menyambut baik strategi Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pelan meliputi empat fasa itu adalah strategi keluar negara daripada kemelut pandemik Covid-19 yang kini menunjukkan tanda-tanda penurunan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan.

“Saya menyambut baik usaha Perdana Menteri yang mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang meliputi 4 fasa,” katanya di Facebook, hari ini.

Abdul Hadi menambah, peningkatan bekalan vaksin sebanyak 16 juta dos pada hujung Julai ini serta peningkatan kadar pemberian vaksin harian membuatkan rakyat lebih yakin untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara.

“Parlimen pula dijangka boleh bersidang pada fasa ketiga dengan kawalan SOP yang ketat.

“Semoga usaha ini dapat mengurangkan jangkitan wabak Covid-19 serta meringankan beban rakyat yang terjejas dari sudut ekonomi,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan Strategi Pelan Pemulihan Negara, merangkumi empat fasa melibatkan pelan peralihan fasa PKP secara berperingkat.

“Setiap fasa pelan pemulihan ini berpaksikan kepada data yang bersandarkan tiga indikator ambang utama ataupun threshold untuk beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here