Ahli Parlimen Bukit Mertajam pun didaftar ahli Rela tanpa ‘rela’

0
2

AHLI Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim antara individu yang didaftar sebagai ahli Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) tanpa ‘rela’ serta di luar pengetahuannya.

Perkara itu dikongsi Steven Sim menerusi ciapan di Twitternya susulan kecoh di media sosial apabila ramai yang tersenarai sebagai anggota berdaftar pasukan sukarelawan itu melalui semakan secara dalam talian di laman sesawang Rela.

“Walaupun didaftarkan sebagai ahli Rela tanpa pengetahuan saya, hatiku tetap bersama PBSM (Persatuan Bulan Sabit Merah).

“Sejak Darjah 4 di SRK Stowell. Bulan Sabit Merah di Malaysia, Giat berjasa untuk negara,
Tidak kira kaum dan agama, Waktu aman atau bahaya,” tulisnya.

Terdahulu ramai pengguna media sosial berkongsi tangkap layar hasil semakan keahlian yang kebanyakannya menunjukkan sudah menjadi ahli sejak 2010 dan 2011 dengan mempunyai nombor ahli serta kod platun di seluruh Malaysia.

Namun selepas isu berkenaan tular di media sosial, semakan semula di pautan keahlian laman sesawang Rela mendapati rekod pendaftaran mereka sudah tiada lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here