Rayuan permohonan BPR mulai 15 Jun

0
3

TEMPOH rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, rayuan itu bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini.

“Pemohon boleh mengemukakan rayuan berserta dokumen berkaitan untuk disemak semula Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Proses rayuan ini bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tengku Zafrul berkata, permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi BPR LHDN di https://bpr.gov.hasil.my.

Menurutnya, permohonan rayuan boleh juga dibuat secara manual dengan menggunakan Borang Rayuan BPR 2021.

Beliau berkata, borang itu perlu dihantar kepada Cawangan atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDN berhampiran secara janji temu.

Sementara itu, Tengku Zafrul menjelaskan pembayaran rayuan BPR kepada permohonan yang lulus akan disalurkan pada Ogos nanti (BPR Tambahan) dan September (BPR Fasa 3).

Katanya, secara keseluruhan kerajaan telah memperuntukkan hampir RM9.1 bilion untuk BPR. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here