Azalina tegur Takiyuddin: Apa guna bentuk Jawatankuasa Khas Bebas Darurat?

0
2
Timbalan Speaker, Datuk Seri Azalina Othman. Malaysiapost/Sharifudin Abdul Rahim

TIMBALAN Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said menegur Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang membuat kenyataan mengelirukan berhubung keputusan melanjutkan tempoh darurat.

Ahli Parlimen Pengerang itu mempersoalkan kenyataan Takiyuddin bahawa Kabinet yang akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sama ada darurat yang tamat pada 1 Ogos ini dilanjutkan atau tidak.

“Sekiranya demikian, apa gunanya membentuk Jawatankuasa Khas Bebas untuk menasihati YDPA (Yang di-Pertuan Agong) berdasarkan Bahagian 2 (1) Ordinan Darurat 2021? Stop shifting the goal post (berhenti daripada menukar undang-undang atau situasi),” tulisnya di laman Twitternya, hari ini.

Terdahulu, Takiyuddin dilaporkan berkata persoalan sama ada Proklamasi Darurat yang akan tamat 1 Ogos ini diteruskan atau sebaliknya, adalah atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong di atas nasihat jemaah menteri selaras peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Takiyuddin menjawab kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang dilaporkan berkata bahawa sekiranya Proklamasi Darurat yang kini berkuatkuasa diangkat, maka tiada apa-apa yang dapat menghalang sebarang Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya Negeri yang sebelum ini tertangguh daripada diadakan.

Dr Noor Hisham turut dilaporkan berkata bahawa kini hanya Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai budi bicara sama ada keadaan Darurat yang dijadualkan akan berakhir pada 1 Ogos 2021 perlu diteruskan atau tidak.

Pejabat Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan media pada 9 Februari lalu dilaporkan berkata Jawatankuasa Khas Bebas Darurat dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria berperanan menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here