
CALON Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang tidak memiliki capaian internet untuk mengetahui keputusan peperiksaan mereka akan dihubungi oleh pihak sekolah secepat mungkin.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata pihak sekolah juga akan berbincang dengan calon mengenai kaedah terbaik untuk mereka mendapatkan sijil SPM berkenaan.
“Sementara itu, bagi pelajar lain yang ingin mendapatkan sijil fizikal yang akan diedarkan secara berperingkat bermula 10 Julai ini, ia bergantung kepada situasi semasa dan akan dimaklumkan pihak sekolah masing-masing,” katanya pada sidang media secara maya keputusan peperiksaan SPM 2020, hari ini. – Malaysiapost
