Hati-hati menteri, silap-silap kena tampar macam Presiden Perancis – Puad

0
3
KUALA LUMPUR 09 June 2015. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi di Sidang Media menegnai isu 1MDB di Menara MARA. NSTP/Salhani Ibrahim

MENTERI tidak perlu berlakon apabila berjumpa rakyat, kerana rakyat boleh menilai siapa pemimpin sejati yang konsisten membela mereka.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, menteri perlu berhati-hati apabila turun ke akar umbi bimbang peristiwa yang berlaku di Perancis berjangkit di Malaysia.

“Ketika ini rakyat beremosi, marah dan kecewa. Menteri perlu berhati hati. Jangan suka suka ke tempat publik untuk tunjuk perihatin. Rakyat tahu menilai pemimpin ori yang berjiwa rakyat. Jangan over dan nampak berlakon bila turun ke akar umbi.

“Silap silap kena tampar macam Presiden Perancis. Semoga rakyat Malaysia tidak begitu,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Menurut Puad, kehidupan rakyat yang tertekan ketika negara dilanda pandemik Covid-19 lebih memerlukan pemimpin yang cakna terhadap mereka bagi meringan beban yang ditanggung dengan bantuan seperti pakej sumbangan, pemberian moratorium dan sebagainya.

“Hendak tunjuk perihatin, tamatkan darurat, buka Parlimen, perjuangkan moratorium, pakej bantuan yang lebih menyeluruh dan percepatkan vaksinasi.

“Tak payahlah tanya, kamu sihat? Bisnes ok hari ini? Duit BPN dah dapat? Jangan tayang makan maggie dan sebagainya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here