MUKA Presiden Perancis, Emmanuel Macron ditampar di khalayak ramai oleh seorang lelaki semalam ketika lawatan di sebuah bandar di tenggara negara berkenaan.
Pejabat Macron mengesahkan kejadian itu setelah tular video mengenainya di media sosial.
Memetik BBC news, menerusi rakaman video, memaparkan Macron mendekati sedang bersama orang ramai di sebalik pagar di bandar Tain-I’hermitage.
Bagaimanapun, seorang lelaki berbaju hijau secara tiba-tiba menampar muka Macron, sebelum pengawal peribadinya sempat mengangkat tangan untuk mempertahankan Macron.
Pengawal tersebut kemudian menarik dan memeluk Macron untuk tujuan perlindungan.
Agensi berita Perancis memaklumkan, pihak polis telah menahan dua orang termasuk lelaki yang menampar Macron dan seorang lagi yang membuat rakaman kejadian. – Malaysiapost

