Anwar, ini bukan masa untuk berebut jadi PM – Pejuang

0
3

PARTI Pejuang Tanah Air (Pejuang) Wilayah Persekutuan menggesa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berhenti memikirkan soal untuk menjadi Perdana Menteri, namun fokus kepada rakyat dan negara.

Ketuanya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, disaat Yang di-Pertuan Agung telah sudi perkenan majlis mengadap oleh semua ketua-ketua parti politik di Istana Negara, ianya bukan masa yang sesuai untuk bercakap mengenai ‘kenyataan sumpah berkanun’ atau mempunyai sokongan majoriti bagi menjawat jawatan perdana menteri.

“Jangan jadikan forum mengadap KDYMM Yang di-Pertuan Agung ini sebagai platform melobi hendak jadi perdana menteri.

“Tetapi semua pihak harus mengambil kesempatan ini kearah mencari satu formula terbaik bagi semua pihak memikul tanggungjawab melawan pandemik covid19 dan membina semula ekonomi negara yang sedang parah.

“Untuk pengetahuan anwar ibrahim ini bukan majlis hendak berebut jadi perdana menteri!! Atau untuk meyakinkan KDYMM Yang di-Pertuan bahawa hanya beliau yang layak untuk jadi pemimpin nombor satu negara!!,” katanya dalam satu kenyataan.

Khairuddin memohon Ahli Parlimen Port Dickson itu agar tidak terlalu obses dengan agenda untuk menjadi perdana menteri sebaliknya harus pentingkan nyawa rakyat serta sama-sama ke arah membangunkan semula kesejahteraan masa depan negara.

Justeru katanya, beliau amat kecewa dengan sikap Anwar Ibrahim yang meletakkan agenda kepentingan diri sendiri di atas kepentingan nyawa atau masa depan rakyat jelata yang hidup dengan penuh kesengsaraan masa kini.

“Tak tahulah bila Anwar Ibrahim ini hendak insaf dan boleh berubah!! Sepatutnya anwar ibrahim harus memikirkan tentang kepentingan masa depan bangsa serta negara.

“Bukan setiap masa hanya berfikir macam mana nak menjawat jawatan perdana menteri semata-mata!!,” katanya.

Beliau berkata, perjuangan politik Anwar Ibrahim hanyalah untuk kepentingan diri sendiri, ini amat menjelekkan.

“Sepatutnya wadah perjuangan politik kita mestilah berteraskan kepada kepentingan bangsa, negara dan agama. Di saat yang mencemaskan ini pun Anwar Ibrahim masih berfikir dan bercakap mengenai bagaimana nak capai idaman rakusnya untuk jadi perdana menteri!!

“Sikap pentingkan diri sendiri seperti anwar ibrahim sukar untuk diterima oleh akal fikiran yang waras!!

“Jadilah seorang pemimpin yang tulen dan bertanggungjawab serta hanya bercakap mengenai kepentingan bangsa, negara mahupun agama semata-mata; bukan untuk kepentingan diri sendiri dari dulu sehingga kini!,” ujarnya-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here