Guna bas tersadai sebagai pengangkutan rakyat ke pusat vaksin

0
2

Nilam Oshman

JAWATANKUASA bebas Sekreteriat Gabungan Bas Malaysia (SGBM) menyarankan kerajaan menggunakan bas-bas tersadai sebagai ‘unit vaksinasi bergerak’ bagi pergerakan rakyat ke pusat vaksin.

Pengerusinya Mr Thaiagarajan, berkata usaha itu sekali gus dapat memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha bas beroperasi.

“Justeru, diminta pihak berkenaan tidak memberi rundingan terus kepada mana-mana syarikat.

“Pengagihan dan penyeliaan tugas ini harus dikawal selia oleh sebuah Jawatankuasa Bebas Industri Bas dan Pelancongan Negara di peringkat pusat.

“Pengagihan tersebut harus adil dan memastikan golongan yang betul-betul terkesan sahaja yang menerima “job” tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan menghentikan pemberian tugas ini kepada syarikat-syarikat besar.

“Kami memohon agar kerajaan memandang kesemua persatuan-persatuan yang wujud di Malaysia yang mencuba sedaya upaya bagi membantu ahli-ahlinya.

“Justeru, pihak SGBM menggesa Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pengangkutan, KPDNHEP serta yang lain untuk selidik semula persatuan-persatuan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kerana pihak kami juga mendapat aduan mengenai berlakunya ketidakadilan serta mempunyai unsur kepentingan dalam berpersatuan.

“Kami memohon Kerajaan dan kementerian berkaitan tampil bagi memberi ruang kepada pengusaha industri bas dan pelancongan untuk beroperasi di kala tempoh pandemik yang sedikt sebanyak dapat memanfaatkan kesungguhan inisiatif Kerajaan Prihatin,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here