7,748 kes positif Covid-19 hari ini

0
2
grafik

Nilam Oshman

KES baharu Covid-19 hari ini mencatatkan sedikit penurunan iaitu 7,748 berbanding 8,209 kes, semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara kini adalah 603,122.

Selangor kekal mencatatkan jangkitan tertinggi iaitu 2,612 kes baharu diikuti Kuala Lumpur (851), Sarawak (706), Negeri Sembilan (704) dan Johor (446).

Sementara, Pulau Pinang (376), Perak (371), Sabah (287), Kelantan (286), Kedah (263), Melaka (234),Labuan (230) dan Terengganu (203).

Manakala, Pahang mencatat 146 kes, Putrajaya (20), dan Perlis lapan kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here