Pembukaan Parlimen lambatkan imuniti kelompok dicapai – Hamzah

0
2
Datuk Seri Hamzah Zainudin

DESAKAN pembukaan Parlimen oleh sesetengah ahli politik atau pihak tertentu akan menyebabkan kelewatan proses imuniti kelompok yang disasarkan kerajaan.

Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kerajan turut menghadapi masalah dengan sesetengah pihak yang melakukan kempen anti vaksin.

“Ada setengah kumpulan, ahli politik kata Parlimen mesti dibuka, saya hendak bagi contoh, kalau Parlimen dibuka, katalah sebulan, selalunya hari Isnin sampai Khamis berturut-turut berapa orang ada, ada Ahli Parlimen, pegawai, pegawai kerajaan, pegawai dan kakitangan Parlimen, kafeteria, pemandu dan lain-lain.

“Melebihi 1,000, saya hendak tunjukkan, kebanyakan ini menjadi hotspot, kalau ini kita kawal, tidak adalah kluster (Parlimen) itu,” katanya seperti dilapor Astro Awani, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, penutupan Parlimen sejak sesi berakhir 15 Disember tahun lepas mengakibatkan isu rakyat tidak dapat dibahaskan dengan tuntas.

Jelasnya, ia termasuk isu kesenjangan ekonomi, kesihatan mental rakyat, keganasan rumahtangga dan pendidikan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here