PKPD di Kepulauan Tumpat, 15 Mukim di Besut dilanjutkan

0
2
Suasana hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Sri Permai, Sungai Besi ketika tinjauan Malaysiapost hari ini.

Nilam Oshman

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kepulauan Tumpat, Mukim Sungai Pinang, Tumpat Kelantan dan 15 Mukim daerah Besut di Terengganu dilanjutkan bermula Sabtu ini hingga 18 Jun.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di Kepulauan Tumpat, Mukim Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan yang dijadualkan tamat esok.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 1,462 ujian saringan dan 239 daripadanya disahkan positif Covid-19.

“KKM mendapati masih berlaku penularan berterusan dalam kalangan penduduk serta terdapat juga kes baru direkodkan di lokaliti tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan pelanjutan PKPD di 15 Mukim dalam daerah Besut, Terengganu selepas mendapati masih berlaku penularan berterusan dalam kalangan penduduk serta terdapat juga kes baru direkodkan di lokaliti tersebut.

Katanya, kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di daerah itu yang dijadualkan tamat esok.

“Namun, sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 3,569 ujian saringan dan 281 daripadanya disahkan positif Covid-19,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here