Operasi keluarkan bangkai KRI Nanggala-402 ditamatkan

0
3

INDONESIA menamatkan operasi untuk mengeluarkan bangkai kapal selam KRI Nanggala-402 yang tenggelam di perairan Bali pada April lalu.

Kapal selam itu yang membawa 53 kru dilaporkan terputus hubungan selepas meminta kebenaran untuk menyelam ketika sesi latihan torpedo.

Memetik sebuah media antarabangsa, kapal selam yang berusia 40 tahun itu ditemukan dalam keadaan pecah kepada tiga bahagian.

Usaha untuk mengeluarkan bangkai kapal selam pada kedalaman lebih 800 meter dilaksanakan namun operasi itu kini ditamatkan.

Tentera Indonesia Laut dalam satu kenyataan berkata pasukan gabungan Indonesia- China menyelam sebanyak 20 kali untuk merakam foto dan video serta mengumpulkan bahagian kapal selam yang tenggelam.

Insiden yang mengejutkan dunia itu telah mengorbankan kesemua anak kapalnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here