Ada pihak ‘lebih besar’ ubah keputusan berkaitan total lockdown

0
2
KUALA LUMPUR, 27 Okt -- Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Mohd Razlan Rafii ketika keluar selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

“GAMBAR yang penuh makna dan tanda tanya, jelas sekali ada perkara yang dibuat keputusan ada pihak yang lebih besar mengubah keputusan itu,” kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohd Razlan Rafii.

Kenyataan itu merujuk hantaran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Facebooknya hari ini seolah-olah memberi gambaran Menteri Kanan (Keselamatan) itu berdepan kesukaran dalam usaha memastikan ‘total lockdown’ dikuatkuasakan sebaiknya.

Mohd Razlan berkata, beliau percaya ada pihak yang campur tangan terhadap ketetapan yang diputuskan berhubung ‘total lockdown’ berkenaan dengan mengubah keputusan ditetapkan.

“Beberapa hari ini, terdapat keputusan yang dibuat pada saat akhir menyebabkan ramai rakyat keliru terhadap keputusan berkenaan, namun kita sebagai rakyat terus akur dan berdoa agar keputusan yang dibuat demi kepentingan nyawa rakyat.

“Kan elok dan mudah kalau PKP 3.0 mengikut garis panduan PKP 1.0, tidak ada sektor yang diberikan keistimewaan atau pintu belakang untuk terus membuka perniagaan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Razlan berkata, perkara itu tidak akan selesai selagi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya ‘berkurung’ di Seri Perdana sekali gus menyebabkan keputusan yang dibuat menjadi kelam-kabut.

“Apabila Genting Highlands diberi kebenaran buka walaupun kes-kes tinggi, kilang arak yang tidak ada kena-mengena dengan essential dibuka, ada Kklang di Pulau Pinang, viral baru-baru ini walaupun sudah ada kes dan diarah tutup, masih terus beroperasi. Ini semua mengundang bencana kepada Negara.

“Selagi Perdana Menteri terus berkurung di Seri Perdana dan tidak mahu berjumpa wartawan dan rakyat, keputusan-keputusan akan menjadi kelam kabut,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Razlan meminta Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan supaya terus bersabar dan komited memikul tanggungjawan demi rakyat.

“Bersabarlah Wahai Menteri Pertahanan, teruskan dengar suara Rakyat. Teruskan buat kerja demi nyawa rakyat. Rakyat hanya boleh berharap kepada anda dan beberapa yang lain,” katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri memuatnaik satu hantaran di Facebooknya seolah-olah memberi gambaran beliau berdepan kesukaran dalam usaha memastikan sekatan pergerakan penuh atau total lockdown dikuatkuasakan sebaiknya.

“Saya dah tutup pintu depan tapi…….,” tulisnya sambil memuatnaik sekeping foto beliau sedang menutup pintu di pejabatnya.

Hantaran itu dengan pantas mendapat ribuan komen dan perkongsian daripada pengikutnya serta netizen di media sosial.

Rata-rata netizen memberi respon positif dengan memberikan kata semangat bahawa Menteri Kanan (Keselamatan) itu telah membuat yang terbaik untuk mengekang penularan Covid-19 menerusi sekatan pergerakan penuh yang berkuatkuasa sehingga 14 Jun ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here