126 kes kematian hari ini, tertinggi setakat ini!

0
2

MALAYSIA mencatatkan jumlah kematian akibat Covid-19 tertinggi hari ini dengan 126 kes dilaporkan sejak wabak berkenaan melanda negara, dengan jumlah keseluruhan kematian kini hampir 3,000 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, melalui data dan infografik dikongsi di laman Facebooknya, memaklumkan jumlah kes kematian terbaharu itu menjadikan keseluruhan kematian akibat Covid-19 di negara ini adalah 2,993 kes.

Menurutnya, 126 kes kematian itu adalah membabitkan 123 warganegara dan tiga bukan warganegara.

“Jumlah kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 878 kes dengan 441 pesakit Covid-19 memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Kes baharu ialah 7,703 kes membabitkan 7,701 kes tempatan (6,860 warganegara, 841 bukan warganegara), manakala dua kes import membabitkan seorang warganegara dan seorang warga asing,” katanya.

Beliau berkata, jumlah kes sembuh baharu ialah 5,777 kes menjadikan kumulatif kes sembuh hingga kini adalah 501,898 kes daripada jumlah keseluruhan 587,165 kes dengan kes yang masih aktif setakat ini 82,274 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here