79 individu ditahan ingkar PKP – Ismail Sabri

0
2

Nurul Huda Abhar

SERAMAI 51 individu dikenakan kompaun, manakala 28 lagi direman kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan mengadakan sambutan parti tertutup menjadi penyumbang tertinggi, apabila 22 orang dikenakan tindakan.

Katanya, antara kesalahan lain ialah tidak memakai pelitup muka (17), aktiviti dalam pub atau kelab malam (11), aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal (10), premis beroperasi lebih masa (1), serta gagal menyediakan peralatan dan catatan keluar masuk premis (18).

Ismail Sabri berkata, pihak berkuasa semalam membuat pemantauan di 3,722 pasar raya, 5,053 restoran, 1,420 penjaja, 1,154 kilang, 3,770 bank, dan 1,079 pejabat kerajaan.

Juga dipantau, katanya, 1,154 terminal pengangkutan darat, 203 terminal pengangkutan air serta 169 terminal udara.

Sementara itu, katanya, polis telah mengadakan 64 sekatan jalan raya Operasi Benteng dan memeriksa 230,120 kenderaan bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

“Polis juga mengadakan 459 pemeriksaan terhadap indvidu yang sedang menjalani kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing.

“Kesemua individu yang dikuarantin telah mematuhi peraturan operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan,” ujarnya. – Malaysiapost