Moratorium automatik untuk 3 bulan

0
2

BANTUAN pembayaran balik pinjaman dan moratorium selama tiga bulan akan diberikan kepada semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan berkenaan juga meliputi perusahaan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan PKP 3.0.

“Anda diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama tiga bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50 peratus selama tempoh 6 bulan,” katanya dalam dalam perutusan khas Bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, malam ini.

Muhyiddin berkata, inisiatif tersebut akan dilaksanakan segera bermula Jun ini yang dijangka memanfaatkan lebih dari 5 juta peminjam dengan nilai sehingga RM30 bilion.

Beliau berkata, para peminjam hanya perlu menghubungi bank masing-masing untuk mendapat manfaat bantuan berkenaan.

“Insya-Allah, industri perbankan akan memberikan maklumat lebih terperinci berhubung perkara ini mulai esok.

“Saya berharap, pengumuman moratorium automatik ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada peminjam institusi perbankan,” ujarnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here