Surat kebenaran bekerja MITI terbatal

0
2
Ismail Sabri

SEMUA surat kebenaran perjalanan untuk bekerja dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) adalah terbatal mulai 1 Jun ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata permohonan baru bagi kebenaran perjalanan perlu dikemukakan kepada kementerian-kementerian yang berkaitan dengan sektor pekerjaan.

“Menteri Kanan Kerja Raya (Infrastruktur) Datuk Seri Fadillah Yusof akan mempengerusikan mesyuarat penyelarasan berhubung surat kebenaran pergerakan pekerja esok.

“Saya juga mendapat laporan dalam media sosial di mana pekerja swasta dipaksa majikan bekerja walaupun kerajaan telah membuat keputusan hanya 60 peratus dibenarkan bekerja.

“Selepas ini pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penguatkuasa Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan membuat pemantauan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini.

Ismail Sabri berkata, tindakan paling tegas perlu diambil kepada majikan yang degil.

“Saya juga berharap pekerja melapor segera sekiranya majikan mereka melanggar arahan dikeluarkan kerajaan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here