Harap wartawan terus tabah laksana tugas – Saifuddin

0
2

PARA wartawan diharapkan terus tabah dalam melaksanakan tugas khususnya ketika negara berdepan dengan pandemik Covid-19.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, wartawan memainkan peranan penting sebagai jambatan maklumat kepada masyarakat.

Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Wartawan Nasional yang disambut hari ini kepada semua wartawan di Malaysia.

“Terima kasih tidak terhingga kepada wartawan atas peranan penting sebagai jambatan maklumat kepada masyarakat serta terus tabah dalam melaksanakan tugas khususnya ketika negara berdepan dengan pandemik.

“Selamat Hari Wartawan Nasional kepada semua wartawan seluruh negara,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Hari Wartawan Nasional (Hawana) disambut pada 29 Mei setiap tahun bermula tahun 2018. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here