Polis Marin rampas 29 set dekoder tv

0
2

PASUKAN Polis Marin (PPM) merampas set dekoder tv yang dipercayai ditinggalkan penyeludup di kawasan CIQ Lama dekat Tawau, semalam.

Pegawai Pemerintah PPM Tawau, Deputi Superintendan Mohd Nazari Ismail berkata set dekoder tersebut ditemui dalam guni oleh anggotanya ketika melaksanakan Operasi Benteng kira-kira jam 9.45 pagi.

“Pemeriksaan mendapati, guni tersebut mengandungi 29 unit set dekoder tv.

“Semasa pemeriksaan, tiada sebarang pengakuan dibuat oleh orang awam yang barang tersebut adalah milik mereka.

“Hasil maklumat risikan dipercayai barangan tersebut diseludup masuk dari Indonesia untuk pasaran gelap sekitar bandar Tawau,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Nazari berkata nilai rampasan dianggar RM4,350 dan kes diserah kepada Jabatan Kastam bagi siasatan lanjut mengikut Akta Kastam 1967,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here