Solksjaer menyesal tak sudah, tidak tukar penjaga gol

0
2

OLE Gunnar Solksjaer bagaikan menyesal tak sudah kerana menidakkan naluri hatinya untuk menukar penjaga gol sebelum perlawanan masa tambahan pada final Liga Europa berakhir

Pengendali Manchester United itu menghadapi kritikan hebat susulan De Gea menjadi watak utama meranapkan impian Red Devil merangkul kejuaraan pertama dalam masa 4 tahun ini

Dalam perlawanan final itu, De Gea gagal menyelamatkan semua 11 sepakan penalti Villareal, dia turut gagal menyempurnakan sepakan penalti yang menjadi punca kekalahan United.

Solskjaer mengakui bahawa dia ada terfikir untuk memasukkan Dean Henderson ketika penentuan sepakan penalti, tetapi dia masih mempunyai keyakinan dan tuah terhadap De Gea.

“Anda tentu saja melalui setiap senario, dan itu (membawa Henderson) terlintas di fikiran saya sebelum pertandingan berlangsung, tetapi kami yakin dengan David dan bersedia,” katanya kepada media.

“Segala sesuatu boleh berlaku dalam penentuan penalti, jadi saya terus bertahan dengan penjaga gol yang telah memainkan semua permainan,” katanya dipetik Footballdaily.

Untuk rekod, penjaga gol Sepanyol itu kini gagal menyelamatkan 40 penalti terakhir dihadapinya untuk kelab dan negara.

Kali terakhir De Gea menyelamatkan penalti ialah lima tahun dahulu. Dia telah menafikan sepakan penalti Romelu Lukaku yang ketika itu bermain untuk Everton.

Para peminat United dilihat cuba mengimbas semula kisah bekas pengurus Manchester United, Louis van Gaal pernah memenangi penentuan penalti, di suku akhir Piala Dunia 2014, setelah bos Belanda ketika itu memasukkan pakar penalti Tim Krul ketika menentang Costa Rica.

“Saya harus mengatakan bahawa penentuan penalti berkualiti tinggi, tetapi kami tidak melakukan cukup perkara dalam 120 minit untuk menjaringkan lebih banyak gol dan itu sedikit mengecewakan.”

“Kami mengalami tekanan, kami memiliki saat-saat di mana kami merasakan jika kami dapat menendang lebih sedikit maka kami dapat memperoleh gol. Tapi kami tidak dapat melakukannya,” kata Solksjaer yang masih belum meraih sebarang kejuaraan sebagai pengurus United.

United memiliki penjaga gol kedua yang tidak kurang hebatnya, Henderson memiliki rekod menyelamatkan lapan dari 19 penalti yang dia hadapi dalam kariernya.

Peminat United ketika perlawanan berlangsung menaruh harapan tinggi agar Solskjaer membuat pertukaran penjaga gol.

Sebaliknya, jurulatih membawa Alex Telles dan Juan Mata sebagai pemain gantian terakhirnya, menjelaskan bahawa menukar penjaga gol adalah sesuatu yang dia fikirkan tetapi akhirnya dia tidak jadi melakukannya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here