Covid-19: Duta Indonesia di India dilapor meninggal dunia

0
3

Duta Besar Indonesia ke India, Ferdy Nico Yohannes Piay dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, kelmarin.

Jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Teuku Faizasyah mengesahkan perkara tersebut.

“Ferdy meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19,” katanya memetik laporan Kompas.com.

Turut berkongsi berita berkenaan, Kedutaan Besar Indonesia di New Delhi, yang mengesahkan perkara tersebut menerusi Twitter.

“Kepemimpinan serta jasa yang Ferdy sumbangkan selama berkhidmat di India akan sentiasa dihargai dan tidak dilupakan.”

Ferdy meninggal dunia pada usia 47 tahun dan beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pengarah Asia Selatan dan Tengah di Kementerian Luar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here