Barang bantuan dihantar ke Gaza hari ini – Ebit

0
3

PENDAKWAH bebas, Ebit Lew memaklumkan akan menghantar bantuan keperluan dan perubatan kepada Gaza, Palestin hari ini.

Menurut perkongsian di Facebook, Ebit berkata, bantuan berkenaan bagaimanapun perlu melalui proses di Mesir untuk melalui sempadan Rafah sebelum ke Gaza.

“Saya akan menguruskan dan membeli barang perubatan dan segala keperluan yang akan di hantar terus ke Gaza hari ini.

“Perlu melalui prosesnya di Mesir untuk melalui sempadan Rafah satu-satunya laluan terus ke Gaza,” katanya menerusi Facebook.

Beliau juga menzahirkan rasa syukur dan terharu di atas sambutan dan layan baik daripada kedutaan Malaysia di Mesir.

“Syukur pada Allah sebaik sampai ke Mesir disambut baik oleh Kedutaan Malaysia di Mesir dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) united Kingdom terkenal yang membantu Gaza.

“Terharu sangat dengan sambutan kedutaan Malaysia disini. Mereka sangat membantu dan memudahkan urusan kami. Betapa Negara kita sangat sayangkan Palestin,” katanya.

Dalam pada itu, Ebit turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Wisma Putra yang membantunya dalam misi bantuan kemanusiaan di Gaza.

“Terima kasih atas doa dari semua rakyat Malaysia. Terima kasih Dato’ Seri Hishammuddin dan wisma Putra yang menyokong dan mempermudahkan semuanya.

“Semoga Allah SWT merahmati usaha kita semua demi misi kemanusiaan ini,” katanya.

Pada 25 Mei lalu, Ebit memuat naik gambar dirinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan akan berlepas ke Gaza bagi misi tersebut. -Malaysiapost

Artikel berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here