Sewa rumah RM1

0
2

AKTIVIS masyarakat, Kuan Chee Heng terkejut apabila seorang wanita menawarkan sebuah rumah berkeluasan 9,000 kaki persegi kepadanya dengan bayaran sewa hanya RM1.

Chee Heng atau dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’ memuji tindakan wanita terbabit yang hanya dikenali sebagai ‘Miss Chan’ kerana memberikan kebenaran menggunakan rumah itu bagi membantu mereka yang memerlukan khususnya ibu tunggal.

“Bayaran sewa…RM 1 sebulan…….. saya terkejut kerana keluasan tanah rumah beliau 9500 kaki persegi.. Truly Malaysian.

“Satu perempuan Cina.. tawarkan kita rumahnya untuk digunapakai bagi membantu komuniti Malaysia.

“Beliau kata pakailah rumah saya untuk buat apa sahaja yang boleh manfaatkan single mom…. atau mana-mana yang kamu sedang usahakan dalam misi kemanusiaan,” katanya menerusi Facebook.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Miss Chan kerana sudi membantunya serta masyarakat.

“Tq Miss Chan… You are truly Malaysian,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here