64,046 kanak-kanak di Malaysia dijangkiti Covid-19

0
3

PERKEMBANGAN terbaharu kes Covid-19 di Malaysia amat membimbangkan apabila 64,046 kanak-kanak dijangkiti, berbanding 8,369 kes dilaporkan sepanjang 2020.

Berkongsi kebimbangan itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jika sebelum ini warga emas adalah golongan yang berisiko dijangkiti
Covid-19, namun kini ancaman virus itu menular kepada kanak-kanak pula.

“Laporan Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan 41,971 bayi dan kanak-kanak berusia setahun setengah sehingga 12 tahun telah dijangkiti virus ini.

“Bagi bayi berusia setahun setengah dan ke bawah pula sebanyak 6,290 kes telah dilaporkan.

“Perkembangan terbaru ini amat membimbangkan dan seharusnya menjadi “wake up call” kepada semua pihak terutama ibu bapa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, sebagai orang dewasa, kitalah yang bertanggungjawab melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti.

Justeru, katanya, selain memberi penekanan kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP), semua pihak perlu melakukan ‘self lockdown’ atau sekatan pergerakan kendiri bagi mengelak diri, anak-anak dan keluarga tersayang daripada dijangkiti Covid-19.

“Ibu bapa perlulah mengawasi anak-anak seperti mengelak mereka bermain di luar rumah, memakai pelitup muka serta kerap
menggunakan cecair pembasmi kuman,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here