PRN Sarawak: Agong TYT tentukan tarikh

0
3

KERAJAAN Sarawak menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Yang di-Pertua Negeri (TYT), Tun Abdul Taib Mahmud untuk menentukan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurut kenyataan Pejabat Ketua Menteri, YDPA dan TYT akan menentukan bila Dewan Undangan Negeri (DUN) patut dibubarkan, berdasarkan nasihat Peguam Negara, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Kementerian Kesihatan (KKM), polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Justeru, kenyataan itu menyebut, kerajaan Sarawak akan terus berfungsi seperti biasa di bawah perintah Ordinan Darurat 2021 meskipun penggal DUN berakhir 6 Jun ini.

“Seri Paduka Baginda telah menasihati kerajaan negeri agar berfungsi seperti biasa dengan kuasa di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 memandangkan keadaan Covid-19 yang agak membimbangkan,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Openg menghadap Al-Sultan Abdullah secara maya hari ini.

Perlembagaan negeri menyatakan PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran.

Bagaimanapun, pilihan raya tidak boleh diadakan ketika darurat, yang akan berkuat kuasa sehingga 1 Ogos ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here