Kes UKSB Zahid: 20 saksi pendakwaan dipanggil

0
3

KIRA-KIRA 20 saksi pendakwaan akan dipanggil dalam perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, 68, yang menghadapi 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran yang mengetuai pasukan pendakwaan memaklumkan pihaknya akan membuktikan tertuduh telah menerima wang-wang suapan sebagai upah dan sebagai dorongan untuk mengekalkan dan melanjutkan kontrak lantikan Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

Katanya, ketika kejadian Ahmad Zahid yang menjawat Menteri Dalam Negeri selama empat tahun telah mengambil mengambil kesempatan daripada kedudukannya untuk mengaut kekayaan.

“Tertuduh telah menerima suapan yang melibatkan wang tunai pelbagai matawang iaitu SGD14.71 juta, RM3.125 juta, US$15, 000.00 dan matawang Euro berjumlah €5,000.00 dari UKSB.

“UKSB adalah sebuah syarikat yang dilantik oleh kerajaan sebagai kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja pembekalan dan perkhidmatan untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN). Lantikan UKSB telah dibuat mengikut beberapa perjanjian yang dimeterai antara Kerajaan Malaysia dan UKSB.

“Tertuduh terlibat dan mempunyai pengetahuan tentang perlantikan UKSB sebagai kontraktor,” katanya seperti dilaporkan Kosmo Online.

Perbicaraan itu didengar di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here