OPERASI KAUNTER Bahagian Kewarganegaraan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya di tutup selama dua hari bermula hari ini bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
JPN dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan bahagian berkenaan ditutup sehingga esok bagi proses sanitasi.
“Bagi mengekang penularan wabak Covid-19, Kaunter Bahagian Kewarganegaraan JPN Putrajaya ditutup sementara pada 24 Mei 2021 (Isnin) sehingga 25 Mei 2021 (Selasa).
“Orang ramai boleh menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN Putrajaya untuk pertanyaan lanjut,” menurut kenyataan itu yang dikongsi di laman Facebook rasmi JPN hari ini.
JPN turut memaklumkan, operasi Pejabat JPN Daerah Kuala Selangor juga ditutup sementara bermula hari ini bagi tujuan sama.
“JPN Daerah Kuala Selangor ditutup sementara bermula hari ini dan orang ramai boleh menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN Negeri Selangor untuk pertanyaan lanjut.
“Segala kesulitan yang dialami amat dikesali. Terima kasih,” menurut kenyataan itu lagi. – Malaysiapost

