Peniaga bazar Ramadan Selangor boleh mula mohon bantuan RM500

0
3

PENIAGA bazar Ramadan di Selangor boleh memohon bantuan khas RM500 disediakan Kerajaan Negeri mulai hari ini sehingga 30 Jun depan.

Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan Unit Perancang Ekonomi Negeri berkata pendaftaran bagi mendapatkan bantuan dikhaskan kepada peniaga berdaftar dengan sembilan pihak berkuasa tempatan di negeri itu boleh dibuat melalui laman sesawang, www.selangorprihatin.com.

“Sistem akan menolak secara automatik mana-mana nombor kad pengenalan yang telah digunakan sebagai permohonan lengkap.

“Pemohon yang layak hendaklah mengisi maklumat peribadi termasuk nombor akaun bank yang masih aktif bagi tujuan penyaluran bantuan,” katanya dalam satu notis pemakluman hari ini.

Notis itu menjelaskan penyaluran bantuan RM500 akan dimasukkan terus ke akaun bank pemohon dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan sekiranya maklumat lengkap.

Pada 5 Mei lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan bantuan RM500 kepada 11,000 penjaja bazar Ramadan di negeri itu yang terjejas susulan penutupan operasinya pada 8 Mei.

Penutupan lebih awal itu terpaksa dibuat bagi mengelakkan penularan Covid-19.-Malaysiapost

Sebarang pertanyaan mengenai bantuan itu boleh menghubungi hotline SELCARE di talian 1-800-22-6600 atau e-mel, [email protected]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here