Langgar SOP: Exco Selangor mohon maaf

0
2

EXCO kerajaan Selangor, Borhan Aman Shah mengesahkan sudah memberikan kerjasama penuh kepada polis atas dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Aidilfitri.

Menerusi hantaran di Facebook, Adun Tanjung Sepat itu memaklumkan akan mengambil sepenuh tanggungjawab berhubung menganjurkan majlis sambutan hari raya, baru-baru ini.

“Merujuk kepada tersebarnya gambar saya di media-media sosial bersama tetamu yang singgah berziarah di rumah ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, saya pada Khamis, 20 Mei (semalam) telah pun memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan yang dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat.

“Saya dengan ini ingin menyatakan kekesalan yang mendalam atas perkara ini. Saya berjanji bahawa perkara seumpama ini tidak akan berulang.

“Saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua pihak di atas kesalahan ini. Saya mengakui kesilapan dan akan mengambil sepenuh tanggungjawab berhubung perkara ini,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung kes berkenaan.

Katanya, polis mengambil serius perkara itu yang berkaitan gambar yang tular di media sosial memaparkan majlis sambutan yang diadakan di rumah wakil rakyat berkenaan di Kuala Langat.

Gambar tersebut mengandungi ayat berbunyi: “Satu lagi kes perlanggaran SOP melibatkan kluster kayangan… tarikh dan masa dah terpampang kat gambar-gambar tu… “. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/05/21/exco-selangor-anjur-majlis-aidilfitri-disiasat-polis/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here