Liga Super bersambung malam ini

0
3

SAINGAN Liga Super musim 2020 yang terhenti kira-kira enam bulan akibat penularan Covid-19, bersambung semula malam ini dengan tiga perlawanan berlangsung malam ini.

Lebih menarik, mulai malam ini semua perlawanan Liga Super boleh ditonton secara percuma melalui saluran Unifi TV, applikasi unifi Play TV dan YouTube.

Dalam satu ciapan di Twitter Unifi, melalui unifiTV semua perlawanan boleh ditonton menerusi  lima saluran unifi Sports 1 hingga 5.

Perlawanan itu juga boleh disaksikan melalui aplikasi unifi playTV menggunakan telefon pintar untuk kemudahan pengguna.

Peminat bola sepak juga boleh mengikuti aksi secara langsung di saluran YouTube Unifi di https://m.youtube.com/user/TMOfficialTube

Tiga perlawanan berlangsung malam ini iaitu Pahang bertemu Johor Darul Ta’zim di Kuantan, Perak menentang Melaka di Ipoh serta Felda United melayan kunjungan UiTM FC di  Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.

Tiga lagi perlawanan berlangsung malam esok iaitu Terengganu FC menjadi tuan rumah kepada Sabah, PDRM menanti kunjungan Kedah serta Selangor bertemu PJ City FC di Stadium UiTM, Shah Alam.

Semua perlawanan berlangsung tanpa kehadiran penonton serta perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). – Malaysiapost


Jadual perlawanan Liga Super minggu ini.