Kumpul duit lama boleh jana pendapatan – Adun Jeram

0
2

SELEPAS viral di media sosial berhubung tawaran RM1,000 kepada pemilik wang kertas lama RM1 semalam, Adun Jeram, Mohd Shaid Rosli menjelaskan bahawa hobi mengumpul wang lama sebenarnya boleh menjana pendapatan.

Mohd Shaid berkata, sudah hampir 20 tahun beliau terbabit dengan hobi mengumpul wang lama serta menjelaskan ramai yang tidak tahu ‘manfaat’ di sebalik minat berkenaan.

“Salam rakan-rakan FB. Habis viral Isu RM1 tanda tangan Gabenor Ali Abu Hasan. Untuk makluman semua saya kumpul duit lama Ini sudah hampir 20 tahun.

“Ramai yang tak tahu hobi ini mempunyai peluang pendapatan yang tinggi,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Shaid berkata, beliau mempunyai seorang kawan yang mampu menjana pendapatan bulanan lebih RM10,000 dengan hobi berkenaan.

“Contohnya ada kawan saya ni.. Dia bekerja sebagai kerani biasa di agensi kerajaan, tetapi pendapatan bulananya lebih 10K.

“Saya hanya fokus duit negara kita sahaja. Tidak seperti orang lain yang mengumpul duit semua negara. Ramai juga tidak tahu tiga tahun lepas Bank Negara kita ada keluarkan duit RM60 dan RM600. Kini harganya sudah cecah 50K,” katanya.

Dalam hantaran sama, Mohd Shaid turut berkongsi koleksi duit lama miliknya kepada pengikut Facebook.

“Sini saya kongsikan koleksi duit daya untuk anda lihat sendiri duit-duit lama negara kita. Terima Kasih,” katanya.

Semalam, Mohd Shaid menawarkan RM1,000 kepada mana-mana individu yang mempunyai wang kertas RM1 yang ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang keenam, Tan Sri Dr Ali Abul Hassan Sulaiman.

Menerusi hantaran di Facebook miliknya, Mohd Shaid berkata, tawaran akan meningkat kepada RM2,000 dan RM3,000 jika keadaan wang kertas RM1 itu berada dalam keadaan baik dan sempurna.

“Cuba tengok (wang) kertas RM1 yang ada kat anda. Kalau ada yang tanda tangan yang sama seperti gambar di bawah, saya beli dengan harga RM1,000.

“Jika keadaan cantik, saya beli dengan harga RM2,000. Kalau lagi cantik, saya beli dengan harga RM 3,000,” katanya.

Hantaran terbabit mendapat perhatian warganet selepas ia tular di media sosial. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here