Garis panduan peniaga makanan online perlu diwujudkan

0
2
Kelihatan restoran mamak di Desa Sri Hartamas tiada pelanggan yang makan disebabkan arahan bungkus makanan sahaja dibenarkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0).

KERAJAAN perlu mewujudkan garis panduan untuk dipatuhi oleh pengusaha setiap restoran sebelum mereka dibenarkan tersenarai sebagai penjual online.

Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM), Che Hassan Che Johan, berkata peniaga berkenaan juga perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan pihak berkuasa agama sebelum produk yang dijual dijenamakan.

Beliau berkata, perkara itu penting selepas berlaku isu kekeliruan status halal penjual makanan online mengunakan nama Melayu namun restoran itu milik peniaga bukan Islam seperti yang tular baru-baru ini.

“Saya difahamkan perkara ini berlaku sejak tahun lalu, apabila perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula yang mana permintaan makanan melalui online mengunakan penghantar telah meningkat.

“Jadi, saya mengharapkan supaya pihak berkuasa terutamanya, Jabatan Agama dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil tindakan dengan kadar segera,” katanya.

Beliau berkata., melihat situasi ini pastinya sudah ramai pengguna Islam tertipu kerana mengunakan perkhidmatan penghantar makanan dan tidak melihat sendiri premis berkenaan.

Semalam, sebuah kedai makan yang beroperasi dalam perkarangan rumah dipercayai milik bukan Muslim dengan menggunakan nama ‘Kak Siti Ayam Penyet’ di Taman Johor Jaya, di Johor Bahru mendapat kecaman netizen.

Tinjauan di premis terbabit mendapati ia tidak beroperasi setelah tular di media sosial sejak semalam.

Kedai makan itu sebelum ini beroperasi untuk jualan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi penghantaran makanan.

Semasa tinjauan dibuat, banting iklan makanan ‘Kak Siti Ayam Penyet’ telah diturunkan dan perkakasan masakan yang diletakkan hadapan rumah juga telah tiada. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/05/19/tular-kedai-makan-bukan-muslim-guna-nama-melayu/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here